Pasca sedar: Menoleh memori

Posted: October 2, 2009 in BLOG

Tiba-tiba Si Penjejak terlihat lumpur di kasutnya. terfikir sejenak, dari mana datang lumpur dan bagaimana ia wujud. Sekilas menoleh, terlihat saujana, sudah jauh rupanya si penjejak berjalan. Si Penjejak kembali mengimbas susur jalan dilalui..

Sebermulanya langkah, tidaklah susah kerana si penjejak ada pembimbing. Si Pembimbing yang sentiasa menjaga langkah Si Penjejak dari terpalit lumpur, terpijak duri, tersadung akar pokok atau tergelincir jatuh, terus disentap tangannya. Namun, tidak selamanya begitu. Si Penjejak harus berdikari.

Dalam langkah yang agak awal, Si Penjejak dibiar bertatih sendirian. Si Pembimbing hanya memerhati dari jauh. Tidak seperti Si Pembimbing, Penjejak masih keliru dengan simpang-siur jalan yang kadang-kadang agak sukar dimengertikan arahnya. Namun, berkat doa Si Pembimbing, Penjejak tabah mengharungi. Jauh di sudut hati, Penjejak masih bersyukur, masih ada orang yang mendoakan diri itu walaupun tidak nampak di mata dek jauhnya jarak pemisah.

Lumpur di kasutnya mengingatkan Si Penjejak akan kealfaannya pada suatu ketika. Dek kerana terpedaya dan terlalu asyik mengutip buah-buahan yang manis rasanya, hampir menutup hakikat racun pada manis itu. Penjejak tersadung rebah. Sehingga Si Pembimbing menitiskan air mata kecewa, barulah Si Penjejak sedar kesilapan sendiri. Suatu penyesalan yang tak sudah terus bersarang di hati Si Penjejak.

Namun, di kala rebah itulah Si Penjejak bertemu simpang jalannya. Tanpa sedar, langkah yang dilalui Si Penjejak semakin teratur, jarang sekali terpijak lumpur. Hanya percikan kadangkala hinggap tanpa sedar, segera dibersihkan sebaik mungkin……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s