Cebisan dari saku

Posted: October 4, 2009 in BLOG
Hati atau “Qalbu” dalam bahs Arab bermaksud ‘sesuatu yg berbolak balik’
Sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam tubuh ada seketul daging, apabila ia baik, nescaya akan baik seluruh tubuhnya dan apabila ia rosak maka rosaklah tubuhnya. Ketahuilah itulah hati.” (Hadis riwayat Bukhari.

Ah, nota nota sebegini selalu sahaja terselit dipoketku. Coretan dari sahabat-sahabat seperjalanan yang lebih teratur langkahnya.. Cuma lantaran terlalu ‘sibuk’ dengan ‘perjalanan’, tidak begitu diendahkan dan dihayati disebalik yang tersurat. Terlupa atau sengaja melupakan, hakikat sebenar hati ini sebagai ‘enjin’ meniti perjalanan itu. Agaknya silau warna pancaran dari celah-celah dahan itu yang membuatku lupa untuk men’servis’ enjinku..

Terus kubaca nota itu..

Antara tanda orang yang mempunyai penyakit ‘keras hati’ ialah:


” Tidak melakukan solat secara berjemaah terutama solat Subuh.


l Meninggalkan al-Quran dalam diari kehidupannya, iaitu tidak membaca, menghayati ajaran yang terkandung di dalamnya.


l Mencari rezeki dengan cara yang haram seperti penipuan, rasuah dan sebagainya.


l Diri dihiasi dengan kesombongan, takabur, bangga diri dan sebagainya.


l Cenderung kepada dunia dengan melupakan kematian dan hari akhirat yang akan ditempuhinya.


l Penglihatan cenderung kepada perkara yang haram.


l Tidak muhasabah diri dan kuat berangan-angan.


l Banyak bercakap, ketawa dan suka berjenaka serta banyak makan dan tidur.


l Suka memarahi tanpa sebab yang diharuskan syarak.


l Suka berdusta, mengumpat dan mencela orang lain.


l Suka hadir dalam majlis yang boleh mencemarkan imej dan merosakkan akhlaknya disebabkan persekitarannya.


l Suka berdendam, hasad dengki dan saling benci membenci.


l Menghabiskan masa tanpa melakukan perkara yang berfaedah.


l Sentiasa mengambil makanan atau minuman yang memabuk dan memudaratkan diri seperti dadah, arak, rokok dan sebagainya.


l Menghiasi kehidupan dengan hiburan semata-mata seperti nyanyian, menonton filem yang melalaikan dan membaca majalah hiburan dan sebagainya.

Astaghfirullah…
Agaknya sudah sekeras manakah hatiku ini? Mungkin sekadar keras di luar ataupun sepadat batu kerikil, atau sekeras-keras berlian?..Tidak hairanlah seringkali kegelisahan menjengah jiwa yang sering kosong ini.

 Ya Allah, yang membolak-balikkan hatiku, ampunilah dosa hambamu ini.. Seandainya daku pergi dengan hati sebegini, sungguh daku tidak mampu banyangkan azabMu yang maha pedih dan sudah tentu daku tidak berpeluang menghadap wajahMu yang agung…
Firman Allah bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik.” (Surah asy-Syua’ra, ayat 88 – 89).

Para Muttaqin pernah memberi petunjuk… Bila hatimu keras, buas dan liar sekali, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya. Al Quran itu bukankah penawar hati? Namun jika masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati. Namun sekiranya masih keras jua… bangunlah di dinihari. Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yang lain kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s