Setahun… Permulaan yg Jerih..

Posted: May 5, 2010 in BLOG

No pain, no gain..
Seribu kemaafan dipinta, atas sebab lama menyepi, bukan sengaja, cume terlalu byk urusan perlu diberi priority yg lebih..

2 semester sudah berlalu, genaplah 1 tahun di medan ilmu Gombak campus UIAM. Sudah tak terkira segala jerih perih dilalui, rehat hanya sekadar utk makan, tidur,mandi dll.. Yg agak menarik tentang pelajar KAED (Kulliyyah of Architecture & Environmental Design) ni, dunia kami agak berlainan dgn pelajar lain.. Mungkin ada yg faham tentang perkara ini dan mungkin juga tidak.. sesiapa yg rapat, atau ada roomate dengan student KAED akn faham situasi ini..

STUDIO bukan sekadar tempat buat kerja, tapi juga adalah ‘life’.. Bg sesetengah student, Mahallah hanya sekadar tempat untuk salin pakaian, mandi dan tidur.. Itu pun kalau sempat.. tidak kurang juga yang lebih selesa tidur di studio, siapkan terus pakaian utk 2 atau 3 hr… hujung minggu baru balik bilik. Terutamanya bg student yg tiada transportation. Saya rasa sgt brsyukur krn sekurang-kurangya, ada kenderaan sendiri, utk memudahkn urusan.
Waktu paling kritikal ialah dalam minggu dan hari2 terakhir sebelum presentation. Tempat tidur bkn lagi masalah, anytime,anywhere.. Samada baring di lantai studio, atas susunan kerusi ataupun di atas meja, semua tiada masalah. Langsung tiada masalah utk lena.. Yg paling kritikal, terlena semasa drive!! Setakat ini, dalam studio sy sndiri sudah ada 2 kes kemalangan atats asbab ini. Seorang sister sudah ‘terbang’ sejauh 5 meter dgn skuternya. Patah tgn dan cedera di muka.. Yg kedua, seorang sahabat baik sy ‘berjaya’ membuktikan kekerasan kereta PROTON apabila telah meranapkan sebuah TOYOTA Vios dgn Satria Neo nya.. Tp Vios itulah yg selamatkn dari terjun longkang besar.

Belum lg dengan kerenah dari lecturers  dan sahabat, yg menjadi asam garam kpd setiap yg bergelar DESIGNER. Design yg cantik belum tentu dapat markah yg tinggi, malah kemungkinan akan gagal tetap ada. SENI adalah sesuatu yg SUBJEKTIF. Analogi mudahnya adalah spt makanan.. Setiap org tafsirkan ‘sedap’ dgn pandangan yg berbeza. tiada yang betul dan tiada yg salah.. begitu juga dgn ‘cantik’ Tiada istilah ‘pandai’ atau ‘tidak pandai’, yg menjadi ukuran ialah ‘rajin’, ‘kreativiti’ ‘wormanship’,

Bukan tujuan saya untuk merungut, tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman, supaya kita saling faham antara satu sama lain dan saling berbaik sangka..

KAED Galllery.. Sering menjadi venue utk majlis perkahwinan..

Kembali kpd kisah sy di Gombak ni, sgt bersemangat pd mulanya. Tp perlu diingat, campus Gombak jauh lebih besar dr CFS di PJ mahupun Nilai.. Jarak antara Mahallah dengan Kulliyyah jauh, ada yg sehingga 45 minit jalan kaki, bergantung kpd Mahallah mana dan Kuliyyah mana tempat blejar.. Sy tinggal di Mahallah Bilal, perjalanan ke KAED ambil masa dalam 30 minit jalan kaki.

…………………………….to be continued……………………………………………….

Comments
  1. Salm.. umar, spa sister yg terbang ngn skuter tuh?

  2. Penjejak says:

    ko x knal kot.. bkn studio kte dulu. Izati nme die..

  3. Assalammualaikum, haha. jauh x dari masjid UIA, kalau jauh Alhamdulillah. lebih byk langkah, lebih byk pahala..šŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s